Tuesday, May 1, 2012

KEPERCAYAAN/TRUST



1.keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad:


2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); 

3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang;



4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll)

5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu):


apa yang aku nak tulis kali ini lebih terfokus kepada definisi yang ketiga, iaitu keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran orang atau lebih tepat lagi seseorang.....

apabila bercakap tentang kepercayaan, ia adalah suatu perkara yang tidak boleh dijual beli, tiada galang ganti, tidak boleh di ambil....

tapi ia hanya boleh didapati atau diperolehi .....diperoleh dengan sabar, dengan tekad. dan denga keyakinan...

it is something that you gain.. and it is not that easy to get it..... tapi bila dah dapat, jangan sesekali dipersia-siakan, janganlah ianya diuji...

kerana bagi aku... apabila keyakinanku diuji, apabila kepercayaan aku disangsi. maka aku akan terus meragui, dan eraguanku akan lama tersemat di sanubari.....

sekali kepercayaan aku hilang, tidak mudah untuk ia dibina semula. sekali benteng itu pecah, lama masanya untuk ia dibangunkan semula.... dan aku...... beginilah....

jangan menguji, dan jangan sangsi dengan apa yang aku berikan selama ini, bukan mudah untuk aku semua ii, dan jangan salah mentafsir maksud kataku ini.....

manusia memang begini, suka bermain dengan kata-kata, suka berprasangka, suka menguji dan menilai...... tapi sayangnya... ujian untuk aku membuatkan aku ragu.... sangsi...

masa akan menentukan..... menentukan apa.... aku sendiri kurang pasti..... mungkin esok lusa, atau mungkin bulan atau tahun akan menentukan......

dan aku masih termanggu... masih dalam dilema.....

antara keyakinan, ketulusan, kepercayaan,.... semuanya sama sahaja......

No comments: